Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan. <br /><br />Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.<br />
